3 Feb 2013

0
Komen

Footballer Melayu di obersea . itu endingnya?

Footballer Melayu di seberang laut.
skrip sama. plot sama. endingnya pun, tetap sama .

imbas balik siapa footballer Melayu yang dah keluar dari Malaysia Super Liga?
Akmal Rizal, pawer baq hang. kelik dohh.
Safee Sali? pergh lagi hebat. lagi ligat. kelik dohh.
Nazmi? perghh Malaysian Football wonderkid. main Portugal.  baru pulang saja. main dengan PKNS FC dengarnya.

persetan sama Shaun Maloney,
pergi blah sama Titus James Palani,
boleh jalan sama mereka .
kejadah musibat apa kisah sama orang taknak bakti sama ni negara?
This is Harimau Malaya.
We have pride. kita punya hebat. kita punya ligat.

konklusi,
deme deme ni lagi untung.
lucky gua cakap lu.

kenapa?

dulu ada sorang hero.
Arsenal offer. tapi tak sempat sampai sana.
Supermokh takkan ada ganti.
takkan ada.

sebab apa?

SuperMokh pagi kerja, petang training, malam main bola.
gaji? ciput sahaja.
takde la ribu riban .
sampai gaduh gaduh hal kontrak.
padahal main macam ciputan.
lupa daratan.

baru main sama lain team.
score lawan team lama . terus celebrate.
kau dulu siapa?
siapa kutip kau jadi hebat?
laju serupa lipas kudung?
ahh boleh blah.

RVP score lawan Arsenal. ada celebrate?
tak.
okay tu biasa. baru je blah kan.

Wright-Phillips. score sama Chelsea.
dah 4 tahun blah.
ada celebrate?
tak.
sebab apa? cinta sama bola.
sayang sama kelab lama.
kenang jasa.

tu beza footballer kita sama player atas angin sana.
tu baru satu beza. lain?
takpayah cakap banyaklah.
nanti, penat, letih orang baca.

punca bola kita ada dekat situ sahaja, kenapa?
tak kira lah FAM ka, player ka, coach ka. semua sama.
masalah dia nak tau baq hang?
masalah MENTALITI. tu ja.

comfort zone. taknak cuba benda baru.
taknak cuba method baru.
pi mai pi mai tang tu ja.

kalau boleh ubah. bukan takat main seken divisyen.
Ramli pon boleh jadi superstar kat Old Trafford.
bukan super sub.
bukan player reserve team.
bukan player jemputan latihan 2 minggu.
tapi tiap tiap game jadi sebelas utama.

gua ulang lagi sekali . sebelas utama.

kan? kan? kan?

lastnya. sapa yang stay kat obersea?
Fakri Saarani.
ala player yang seantero Malaysia bahan habis habisan dulu.
sekarang tengok. buntang mata.
dia ada lagi main kat obersea sana .

terpulanglah nak terima ke idok.
gua cakap sahaja.

gua bukan player bola sepak
cuma sejak kecik kemetot tak pernah miss
turun paroi. tengok bola.
ajak mak bapak, sebab nak pergi bukit jalil,

sampai sekarang, guna duit scholar sendiri.
bawak kereta sendiri.
pegi stadium sebab nak tengok bola.

betapa cinta gua sama bolasepak Malaysia.

gua rasa ada yang lagi hardcore.
tapi tu saja yang gua mampu.

gua cakap sahaja.
terpulang la nak terima ke idok.




2 Feb 2013

0
Komen

Monolog Mahasiswa


kau. aku. dia. mereka. mahasiswa Malaysia 

Retorik dunia, belia jadi mangsa,
Aku remaja, kau remaja,
Aku mahasiswa, kau mahasiswa,
Aku punya otak, Kau juga punya otak,
kita guna otak kurniaan tuhan untuk pilih prinsip hidup masing-masing.

Prinsip sekolah menengah dah tak boleh guna.
Kau mesti fikir jauh prinsip diri kau dan pastikan kau berfikiran jauh menjangkau fikiran orang-orang biasa.

supaya prinsip kau itu teguh lagi ampuh, kerana kau bijak sebijaknya.

Aku juga ingin kebebasan hakiki, kebebasan sampai mati.
Buat apa yang aku suka tanpa ada yang menghalang. 
Cuma prinsip kebebasan yang engkau tunjukkan buatkan diri kau itu tidak matang sama sekali.

Oleh kerana kau mahasiswa, 
kau fikir kau sudah cukup bijak untuk memilih haluan. 
Aku harap kau boleh fikir dua kali haluan kau itu.

Tiada kebebasan hakiki yang boleh kau kecapi. 
Orang yang tiada agama juga terikat dengan peraturan. 
Tidak betul untuk engkau tempuh tembok peraturan dengan demonstrasi dan pemberontakan. Propaganda maya yang kau sebar di media massa buatkan manusia bertelagah. 

Adakah itu yang kau mahukan wahai anak muda?

Sedarlah, naluri aku pelik kenapa ramai belia pilih haluan yang terang-terang hina. 
Matlamat tidak menghalalkan cara. 
Salah tetap salah, 
kau tak boleh mencuri supaya kau dapat makanan untuk kau telan. 
Banyak cara lain yang lebih murni. 

Jangan kau bandingkan manusia yang tidak sedarjat, 
negara yang tidak punya mentaliti penghuni yang sama. 

Perbandingan itu pemangkin kepada dua perkara, antara ianya bagus atau sebaliknya. 
Sedih, apabila mahasiswa muda ini semua diperkotak katikkan sebodoh-bodohnya oleh anjing pakai kemeja. 
Jangan biar diri diperguna wahai belia negara. 
Jangan percaya janji palsu itu semua. 

Tak jantan sebenarnya untuk kau suarakan hasrat kau sebegitu rupa.

Tak cukup jantan lagi kau sebenarnya.

Kita mahasiswa bukan barua, biar fikir satu perkara dua kali. 



credit : kotak 

1 Feb 2013

0
Komen

backstabbers. tikam belakang . criminal sial.

tikam belakang bahasa melayu.
backstabbers bahasa penjajah.

tapi definisi tikam belakang dan backstabbers pada gua,
criminal. silent killer. celaka. haram jadah.
pahal gua sumpah seranah macam tu?
sebab lu layak .

takda sebab gua nak percaya .
takda reason sikit pun.
pergi jalan. tak sangka. tak duga.
unexpected.
gua terkejut bila tahu. masing masing nak jatuhkan orang yang sama.

rezeki tuhan dah bahagi cun dah. susun punyalah semat beauty.
tapi mungkin, benda ni sampai lain lain masa. so sabarlah.
kenapa nak mendengki?

dasar manusia. dasar melayu .
suka bila orang tersungkur.
tak senang bila sama level, sama darjat.
mendengki bila ada yang diatas.

tu dia problem prima etnik Melayu.
jangan melancang pasal visi 2020. jangan borak DEB boleh bantu anak Melayu.
kalau 3 inparasit sial ni tertanam dalam benak orang Melayu.

mungkin sebab tak puas hati.
tak cukup apa yang ada.
mungkin sebab kau lonely. tak cukup kebahagiaan.
sebab tu kau pilih dengki jadi toblerone kau.
yang kau makan masuk ke perut jadi parasit celaka.
bunuh sama bangsa. sama sedara. sama agama.

mungkin kau kenyang. perut kau kembung. otak kau segar.
bila kau pilih untuk jadi backstabbers kan?

kau pilih. kau pilih. kau pilih.
sebab tu kau tercongok lagi dekat situ.
tak maju mana.
sebab kau tak meluru.

kau buat apa?
sebar sana sini.
tak guna serban kopiah kau atas dahi. kalau mak kau sendiri concet sana sini.
non fungsi acting baik, konon niat baik lakonan mengalahkan aaron aziz pon.
pergi mam sama sumpah tak buat, tak mengaku.
semua tu buat manusia tak percaya sama kau lagi.
sedar lah diri.

Syndrome of Denial . Tikam Belakang. Backstabbers.
tu kultur hidup kau?
teruskan.
kiri kanan kau tengah buat kerja dia.

faham faham sendiri lah .





0
Komen

Gua mula semula . Gua kembali merangkak dari garis mula . satu. dua. tiga .

Assalamualaikum brader dan sister .

dah lama gua tak bukak blog gua ni . dah berkarat rasanya .
karat dengan cerita lama . yang gua sangka warna warni pengakhirannya, padahal celaka menjelma.
dah. sudah. end. semua kenangan gua dah sepak, gua dah terajang, gua dah tendang ke button delete.
Kenangan celaka kau boleh pergi blah!

gua malas nak fikir lagi. sebab perkara lama gua jatuh tersungkur, tersembam ke tanah.
sakit Si Pemilik Nyawa sahaja yang ada knowledge.
memang pundek kan?
blog ni jadi saksi. blog ni jadi bukti. tapi kini, gua dah let it go biar benda ni pergi.

sekarang gua look forward. kembali kepada trek asal. landasan asal.
dah tak guna sesal dengan history celaka masa lalu.
Loving you is my biggest mistake.

Gua happy dengan hidup gua sekarang.
Kawan sejati yang teguh dibelakang gua.
Kawan baru yang bisa bikin gua ceria.
Ibu gua yang support gua tak kira gua atas puncak himalaya ataupun jatuh ke gaung rasa.
Adik beradik gua, zul, dekstop, amir, khai, jee, mambo, dean.
Sedara mara gua.
Hidup sekeliling gua.
Hidup cari ilmu perundangan gua.

yang penting dunia gua. gua dah kembali jadi diri gua sendiri .

terima kasih kerana singgah, terima kasih kerana beri pengajaran.
pengajaran yang akan senjata gua menerobos ketatnya selaput dara kehidupan ni.

gua kembali bangun. gua kembali mula. dari garis mula.
gua akan merangkak dari mula . kenangan dulu aku dah lenyapkan dalam button delete.
biar ia hilang. jadi gua tak perlu ingatkan ia lagi.

semangat baru. gua terima ia sebagai satu pengajaran.
aku takkan jatuh lagi lepas ni.
yang pasti, aku takkan kalah.
aku bond dalam skyfall
even kena tembak, masih hidup.
masih mampu berjuang, masih mampu jumpa heroin setiap siri bond.


jatuh. tersembam. terlentang . dan kini aku bangun.
capai horizon langit ketujuh.
dan tak akan jatuh lagi.

Inshaa Allah. dengan izin empunya jasad yang membalut jiwa ini.