3 Feb 2013

0
Komen

Footballer Melayu di obersea . itu endingnya?

Footballer Melayu di seberang laut.
skrip sama. plot sama. endingnya pun, tetap sama .

imbas balik siapa footballer Melayu yang dah keluar dari Malaysia Super Liga?
Akmal Rizal, pawer baq hang. kelik dohh.
Safee Sali? pergh lagi hebat. lagi ligat. kelik dohh.
Nazmi? perghh Malaysian Football wonderkid. main Portugal.  baru pulang saja. main dengan PKNS FC dengarnya.

persetan sama Shaun Maloney,
pergi blah sama Titus James Palani,
boleh jalan sama mereka .
kejadah musibat apa kisah sama orang taknak bakti sama ni negara?
This is Harimau Malaya.
We have pride. kita punya hebat. kita punya ligat.

konklusi,
deme deme ni lagi untung.
lucky gua cakap lu.

kenapa?

dulu ada sorang hero.
Arsenal offer. tapi tak sempat sampai sana.
Supermokh takkan ada ganti.
takkan ada.

sebab apa?

SuperMokh pagi kerja, petang training, malam main bola.
gaji? ciput sahaja.
takde la ribu riban .
sampai gaduh gaduh hal kontrak.
padahal main macam ciputan.
lupa daratan.

baru main sama lain team.
score lawan team lama . terus celebrate.
kau dulu siapa?
siapa kutip kau jadi hebat?
laju serupa lipas kudung?
ahh boleh blah.

RVP score lawan Arsenal. ada celebrate?
tak.
okay tu biasa. baru je blah kan.

Wright-Phillips. score sama Chelsea.
dah 4 tahun blah.
ada celebrate?
tak.
sebab apa? cinta sama bola.
sayang sama kelab lama.
kenang jasa.

tu beza footballer kita sama player atas angin sana.
tu baru satu beza. lain?
takpayah cakap banyaklah.
nanti, penat, letih orang baca.

punca bola kita ada dekat situ sahaja, kenapa?
tak kira lah FAM ka, player ka, coach ka. semua sama.
masalah dia nak tau baq hang?
masalah MENTALITI. tu ja.

comfort zone. taknak cuba benda baru.
taknak cuba method baru.
pi mai pi mai tang tu ja.

kalau boleh ubah. bukan takat main seken divisyen.
Ramli pon boleh jadi superstar kat Old Trafford.
bukan super sub.
bukan player reserve team.
bukan player jemputan latihan 2 minggu.
tapi tiap tiap game jadi sebelas utama.

gua ulang lagi sekali . sebelas utama.

kan? kan? kan?

lastnya. sapa yang stay kat obersea?
Fakri Saarani.
ala player yang seantero Malaysia bahan habis habisan dulu.
sekarang tengok. buntang mata.
dia ada lagi main kat obersea sana .

terpulanglah nak terima ke idok.
gua cakap sahaja.

gua bukan player bola sepak
cuma sejak kecik kemetot tak pernah miss
turun paroi. tengok bola.
ajak mak bapak, sebab nak pergi bukit jalil,

sampai sekarang, guna duit scholar sendiri.
bawak kereta sendiri.
pegi stadium sebab nak tengok bola.

betapa cinta gua sama bolasepak Malaysia.

gua rasa ada yang lagi hardcore.
tapi tu saja yang gua mampu.

gua cakap sahaja.
terpulang la nak terima ke idok.




No comments:

Post a Comment