2 Feb 2013

0
Komen

Monolog Mahasiswa


kau. aku. dia. mereka. mahasiswa Malaysia 

Retorik dunia, belia jadi mangsa,
Aku remaja, kau remaja,
Aku mahasiswa, kau mahasiswa,
Aku punya otak, Kau juga punya otak,
kita guna otak kurniaan tuhan untuk pilih prinsip hidup masing-masing.

Prinsip sekolah menengah dah tak boleh guna.
Kau mesti fikir jauh prinsip diri kau dan pastikan kau berfikiran jauh menjangkau fikiran orang-orang biasa.

supaya prinsip kau itu teguh lagi ampuh, kerana kau bijak sebijaknya.

Aku juga ingin kebebasan hakiki, kebebasan sampai mati.
Buat apa yang aku suka tanpa ada yang menghalang. 
Cuma prinsip kebebasan yang engkau tunjukkan buatkan diri kau itu tidak matang sama sekali.

Oleh kerana kau mahasiswa, 
kau fikir kau sudah cukup bijak untuk memilih haluan. 
Aku harap kau boleh fikir dua kali haluan kau itu.

Tiada kebebasan hakiki yang boleh kau kecapi. 
Orang yang tiada agama juga terikat dengan peraturan. 
Tidak betul untuk engkau tempuh tembok peraturan dengan demonstrasi dan pemberontakan. Propaganda maya yang kau sebar di media massa buatkan manusia bertelagah. 

Adakah itu yang kau mahukan wahai anak muda?

Sedarlah, naluri aku pelik kenapa ramai belia pilih haluan yang terang-terang hina. 
Matlamat tidak menghalalkan cara. 
Salah tetap salah, 
kau tak boleh mencuri supaya kau dapat makanan untuk kau telan. 
Banyak cara lain yang lebih murni. 

Jangan kau bandingkan manusia yang tidak sedarjat, 
negara yang tidak punya mentaliti penghuni yang sama. 

Perbandingan itu pemangkin kepada dua perkara, antara ianya bagus atau sebaliknya. 
Sedih, apabila mahasiswa muda ini semua diperkotak katikkan sebodoh-bodohnya oleh anjing pakai kemeja. 
Jangan biar diri diperguna wahai belia negara. 
Jangan percaya janji palsu itu semua. 

Tak jantan sebenarnya untuk kau suarakan hasrat kau sebegitu rupa.

Tak cukup jantan lagi kau sebenarnya.

Kita mahasiswa bukan barua, biar fikir satu perkara dua kali. 



credit : kotak 

No comments:

Post a Comment